Dr Salinah Jaafar

Home / Dr Salinah Jaafar

Dr. Salinah Jaafar merupakan pensyarah berjawatan Profesor Madya yang berpengalaman dalam bidang bahasa dan Linguistik, Terjemahan, E-Pembelajaran, syarahan, pembangun Kurikulum dan teknologi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.  Memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik Gunaan dari Universiti Malaya.  Beliau merupakan pendidik yang aktif yang telah banyak memberi kursus dan ceramah kepada kakitangan kerajaan, antaranya seperti ceramah kemahiran berbahasa kepada kakitangan Bank Negara Malaysia, kepada pengarah-pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kakitangan RELA dan lain-lain.

Tip Hakim:

  1. Pilih latar belakang cerita/watak/dialog yang sesuai.
  2. Gunakan pilihan kata/frasa/ayat yang sesuai dengan latar belakang cerita/watak/dialog dan tema.
  3. Gunakan imaginasi untuk karya kreatif agar pembaca dapat menikmati dan menghayati karya. Bagi karya non-kreatif, gunakan fakta yang betul dan tepat.