Puan Nurma Abd. Karim

Home / Puan Nurma Abd. Karim

Nurma Abd. Karim mendapat pendidikan awal di beberapa negeri di Malaysia kerana mengikut bapanya yang bertugas sebagai tentera. Beliau kemudianya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang linguistik. Sejurus tamat ijazah pertama, beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana di Fakulti Bahasa dan Linguistik di universiti yang sama.

Mula bertugas sebagai seorang pensyarah di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2003 sehingga kini. Beliau berpengalaman mengajar pelajar-pelajar antarabangsa dan pelajar Malaysia sepanjang bertugas di sana dan semenjak tahun 2017 beliau telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Divisyen Bahasa Melayu.

Selain tugas hakikinya dalam bidang pendidikan, beliau juga merupakan seorang coach bertauliah daripada International Coach Federation. Pada waktu lapang beliau minat membaca dalam pelbagai bidang ilmu. Antara pegangan hidupnya ialah ‘Be Kind’ dan ‘Find Happiness Within Yourself’. Beliau percaya dengan berbuat baik sesama manusia kita akan mendapat kebahagiaan sebenarnya dan itu juga merupakan imunisasi untuk kekal sihat sepanjang hayat.