Puan Lily Haslina Nasir

Home / Puan Lily Haslina Nasir

Lily Haslina Nasir, lahir dan dibesarkan di Melaka kini merupakan penulis bebas. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Daun, kemudian berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist 2, Tengkera dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam. Seterusnya melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM).

Beliau merupakan peserta Minggu Penulis Remaja angkatan kedua pada tahun 1986. Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini  merupakan program tahunan DBP mengasuh bakat penulis muda. Sejak remaja biasa menulis untuk beberapa penerbitan termasuk Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Dewan Pelajar. Selain itu beliau juga berjaya menembusi ruang rencana di Berita Minggu seawal usia 13 tahun. Hampir setiap bulan rencana beliau tersiar di Berita Minggu ruangan penulis muda yang kendalikan oleh Almarhum Pak Matlob, sejak tahun 1984.

Begitu juga dengan  Majalah Al-Islam, Majalah Mastika, Jelita, Majalah Wanita, semuanya menjadi platform Lily Haslina mengasah bakat berkarya.

Tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan dan kemudiannya bergelar Pengarang Rencana di Majalah Jelita, Berita Publishing Sdn Bhd selama lebih kurang 12 tahun sebelum meninggalkan kerja tetap ini untuk menjadi penulis bebas.

Beliau kemudian menyertai Measat Publication, Astro, Malaysia sebagai Editor Projek untuk Majalah Rasmi Akademi Fantasia, musim ketiga dan keempat. Majalah mingguan itu dikenali sebagai Aksi Akademi Fantasia.

Pernah menjadi penulis tamu di Majalah Intrend terbitan Measat Publication, Astro.  Pada 2007, kembali di Jelita sebagai Penyumbang Tetap. Kolumnis untuk majalah  Wadah Siswa, Era Muslimah serta majalah Dakwah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah.

Beliau juga merupakan penulis iklan versi Bahasa Melayu untuk iklan-iklan kosmetik Clarins Paris, Sasa Group untuk beberapa tahun.

Lily Haslina juga menjadi penulis belakang tabir untuk foto-foto yang dipamerkan sempena Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada di Istana Budaya pada 24 – 27 Februari 2016 sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah yang ke-85 tahun ketika itu.

Pada penghujung tahun 2018 hingga 2020 ini, beliau menyertai team di belakang tabir untuk Projek Penulisan Autobiografi – TENTERA KE TAKHTA yang ditulis oleh KDYMM SULTAN KEDAH, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Projek ini adalah usahasama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bersama Istana Negeri Kedah.

Terkini, beliau bersama-sama menyertai projek buku, Belang Harimau Besi – Kisah Bakara Market, Somalia yang dikongsi kisahnya oleh Dato Brig Jeneral Halim Khalid. Buku ini terbit serentak bersama siaran dokumentari enam episode di Syokcast Astro yang skripnya ditulis oleh Lily Haslina. Selain itu sebuah skrip telemovie RTM sempena Hari Bapa sedang diselesaikan. Beliau juga sedang menyudahkan manuskrip untuk buku edisi khas ahli gimnas negara, Izzah Amzan.

Sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan, beliau sempat meraih beberapa anugerah seperti:

  • Anugerah Tempat Pertama Menulis Esei Sempena Ulang Tahun Unesco Ke-40 -1988
  • Tempat Utama Hadiah Sastera Utusan Melayu Kategori Cerpen Remaja – 1995
  • Hadiah Penghargaan Kategori Cerpen Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat & DBP 1989
  • Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Utusan Melayu Kategori Cerpen – 1995
  • Hadiah Galakan Pertandingan Menulis Bahan Bacaan Bergambar Berunsur Islam Untuk Kanak-Kanak – Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri –1989
  • Tempat Ketiga Hadiah Menulis Esei Datuk Paduka Saleha Mohd Ali Anjuran HELP.
  • Tahun 1996 Penulis Terbaik/wartawan untuk Majalah Bahasa Melayu – Institut Akhbar Malaysia
  • Tahun 1998 – Penulis Terbaik/wartawan untuk Majalah Bahasa Melayu – Red Ribbon Award –Malaysia Aids Council
  • Tahun 1998 – Penulis Terbaik/wartawan untuk Special Project Majalah Bahasa Melayu – Red Ribbon Award –Malaysia Aids Council
  • Tahun 1999 – Penulis Terbaik/wartawan untuk Majalah Bahasa Melayu – Red Ribbon Award – Malaysia Aids Council
  • Tahun 2001 – Penulis Terbaik/wartawan untuk Majalah Bahasa Melayu – Institut Akhbar Malaysia
  • Tahun 2006 – Penghargaan Anugerah Kewartawanan Pengguna Majalah – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Tahun 2019 – Novel Pulang terpilih sebagai antara judul novel terbaik Malaysia dan dipamerkan di Pesta Buku Frankfrut.
  • Tahun 2019 – Novelis Terbaik – Kategori Sastera – Anugerah Buku Negara – Yayasan Pembangunan Buku Negara
  • Tahun 2019 – Novel Adaptasi Terbaik – Anugera Telenovela – Yayasan Pembangunan Buku Negara.

 

HASIL KARYA
NOVEL DAN BUKU UMUM

  • Sesekali (DBP)
  • Tan Sri A Samad Ismail – Bapa Kewartawanan Tiga Zaman – Biografi (Dewan Bahasa Dan Pustaka)
  • Zakaria Salleh – Penulis Buku Teks Sekolah – Biografi (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • Dendam (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • Siti Aminah Yusof – Penulis Buku Teks Sekolah – Biografi (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • Pulang (Karyaseni)
  • Maharani (Karyaseni)
  • Nefertiti (Karyaseni)
  • Ungu Langit Ghaze (Karyaseni)
  • Kalbu Pun Berzikir (Karyaseni)
  • Izinkan Aku Jadi Sayapmu (Karyaseni)
  • Lelaki Lingkungan Cinta (Penulisan2u)
  • Penulis Skrip dan buku coffee table sempena Konsert dan Pameran Diraja ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ di Istana Budaya sempena memuliakan hari keputeraan DYMM Sultan Pahang 2016.
  • Biografi NORLINA ALAWI – Cinta Tanpa Sempadan
  • Novel Cinta Hilang Kata
  • Produksi Komik Berinformasi – KELUARGA BESAR NORLINA ALAWI
  • Sesuci Kasih Norlina Alawi – Biografi Ibu Penjaga Anak-Anak Hiv (Alaf 21)
  • Moga Kau Mengerti – (Alaf 21)
  • Epilog Cinta – (Alaf 21)
  • Di Langit Cinta (Alaf21)
  • Aku Ada Kamu (NB KARA)
  • Menunggu Cinta Tuhan (PTS)
  • Tuhan Masih Mencintaiku (PTS)
  • Projek Fesyen Ain Maisara (PTS)
  • Akukah Cinderella Itu? (PTS)
  • Akukah Snow White Itu? (PTS)
  • Akukah Puteri Itu Limited Edition (PTS)
  • Aku Bukan Superstar (PTS)
  • Aku Dia dan Coklat (PTS)
  • Aku, Dia & Glamor (PTS)
  • Aku, Dia & Gosip (PTS)
  • Aku, Dia & Drama Queen (PTS)
  • Aku, Dia & Gaun Pengantin (PTS)
  • Avian & Arisa (PTS)
  • Krew Rinching Kawan Baru Saya (PTS)
  • Alahai Mentuaku Sayang (Alaf 21)
  • Tips Asas Solekan (Alaf 21)
  • Masam-Masam Manis – Tips Wanita Tatkala Bercinta (Alaf21)
  • Marah- Marah Sayang – Tips Memahami Tingkah Laku Jejaka (Alaf21)
  • Mencari Diri (Creative Enterprise Sdn Bhd)
  • Cinta Di Langit Hamra (Diwangsa Publication)
  • Impian Semusim (K Publishing)
  • Atiqah Berhati Mulia (Buku Kanak-Kanak Terbitan JAKIM)
  • Jumali Penjual Tempeh (Buku Kanak-Kanak Terbitan JAKIM)
  • Dunia Baru Laila (Buku Kanak-Kanak Terbitan Jakim)
  • Rindu Yang Tidak Tertuai (K Publishing)
  • Siri Kerjaya – ( Educational Assocaited Distributors)
  • Siri Penyakit – (Educational Assocaited Distributors)
  • Siri Permainan Kanak-Kanak (Educational Assocaited Distributors)
  • Hirisan Cinta (Berita Publishing Sdn Bhd)
  • Coffee Table – Kompilasi Akademi Fantasia – Menuju Puncak (Astro Publication)

 

Bidang Penulisan Skrip

* Menulis skrip drama telemovie SESEKALI terbitan RTM

* Menulis skrip enam episode – BELANG HARIMAU BESI – SYOKCAST ASTRO

* Menulis skrip dokumentari untuk Program Dimensi terbitan Eurofine

* Menulis skrip dokumentari Program 13 Episod Belahan Jiwa terbitan Enigma

* Menyediakan skrip dokumentari 13 Episod untuk kempen serumpun serantau yang menyingkap kisah dan biografi artis-artis Indonesia dari era 60-90an

* Menyediakan proposal skrip dokumentari yang memaparkan Up Close and Personal bersama semua yang bergelar Tun di Malaysia.

* Skrip Drama Bersiri 13 episod SUPERLICIOUS SOFEA.

* Skrip dokumentari – AL- HIJRAH & SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA.