
Buku pertama beliau berjudul I’m A Backpacker: Europe (2016) yang merupakan sebuah buku panduan kembara. Buku tersebut dipilih oleh MPH sebagai “10 Best Book of 2016” dan turut memenangi “Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017”. Kini telah hampir 9 kali diulang cetak merupakan naskah “Bestseller” beliau.
Buku kedua beliau Mentaliti Jamban (2016) yang berkisar tentang sikap manusia boleh didapati di mana-mana rangkaian kedai buku utama di Malaysia dan sering menduduki carta-carta “bestsellers” di MPH, Popular, Borders dan Kinokuniya. Buku tersebut jug turut tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2017.
Beliau turut menghasilkan dua lagi buku berjudul I’m A Backpacker: Germany (2017) yang juga sebuah buku panduan kembara dan Untunglah Malaysia Masih Aman (2017), sebuah buku sindiran sosial.
Buku berjudul Mentaliti Masih Jamban (2018), iaitu sambungan kepada buku bestseller beliau kini dicalonkan pula untuk Buku Terbaik MPH 2018 di dalam kategori buku bukan fiksyen.
Seterusnya belia menghasilkan buku Diari Super Daddy (2019) mengisahkan suka duka serta cabaran beliau sebagai seorang bapa tunggal yang membesarkan tiga anak yang masih kecil setelah kematian isterinya.
Selain menulis beliau juga adalah seorang penceramah bebas yang sering dijemput ke sekolah dan universiti serta institusi lain di seluruh negara untuk berkongsi tentang pengembaraan dan juga memberi motivasi serta berkongsi pandangan dan pengalaman beliau di dalam mengubah mentaliti rakyat Malaysia.
Beliau yang kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Komunikasi di UiTM Shah Alam.
Tip Hakim:
- Tulis dalam bentuk anekdot kerana ianya lebih dekat dengan pembaca. Anekdot adalah kisah benar tentang manusia atau kejadian yang diceritakan kembali melalui penulisan.
- Semua orang sukakan cerita. Jadilah tulis anekdot dalam bentuk pengkisahan atau “story telling”. Ada watak, ada dialog dan ada scene/lokasi. pembaca akan dapat masuk ke dalam penceritaan tersebut.
- Tulis dengan perkataan dan bahasa yang mudah difahami. Jangan guna perkataan yang terlalu bombastik sehingga menyukarkan pembaca untuk faham dan menghayati cerita.