Arman Jazee

Home / Arman Jazee

BIODATA ARMAN JAZEE

ARMAN JAZEE adalah salah seorang penulis novel aksi dan Thriller yang semakin di kenali. Sepanjang hampir 8 tahun terlibat secara aktif dalam bidang penulisan beliau telah menghasilkan 6 buah novel aksi dan thriller yang mendapat sambutan yang hangat dari peminat genre ini. Teknik penulisan yang berjaya menangkap hati pembaca serta jalan cerita yang lain dari yang lain menjadikan Novel tulisan Arman Jazee sentiasa menjadi buruan peminatnya. Novel-novel tulisan beliau ialah Legasi Pejuang, Legasi Pejuang 2, Perhitungan, Sindiket, Rantai dan yang terbaru Legasi Pejuang 3.

Di samping menghasilkan Novel- novel aksi beliau juga ada menulis bahan- bahan teknikal yang di gunakan untuk melatih pekerja-perkerja dalam bidang automotive. Beliau juga seorang pengembara secara berbasikal dan banyak mengembara di dalam dan luar negara. Di samping itu beliau juga seorang pelukis yang berbakat. Dengan menggunakan semua kemahiran dan pengalaman yang ada beliau berjaya menghasilkan karya yang mendapat tempat di hati pembaca. Prinsip menulis beliau cukup mudah iaitu ‘Anda membawa pembaca menyelusuri mimpi yang anda ciptakan’.

15 tips penulisan.
1. Pastikan anda mahir dengan tajuk yang di tulis.
2. Rancang keseluruhan cerita – ada mula, pertengahan dan akhir.
3. Tetapkan masa untuk menulis- ada target.
4. Jauhkan gangguan – telefon,tv, orang dan lain2.
5. Banyakkan membaca dan mencari ilmu.
6. Menulis dengan hati…pembaca akan lebih merasai bila kita menulia dengan rasa.
7. Pastikan kosa kata kita baik – jangan gunakan perkataan yang bombastik dan orang tak faham.
8. Ragamkan cara penulisan – Naratif dan dialog.
9. Ciptakan konflik yang kuat dan menarik.
10. Watak antagonis dan protagonis yang menarik.
11. Flow penulisan yang lancar..tidak tersangkut dan melompat2 ceritanya.
12. Setiap persoalan/isu yang di keluarkan pastikan di jawap.
13. Bahasa penulisan – pastikan sedap di baca dan menarik.
14. Edit, edit dan edit karya anda sebelum di hantar.
15. Anda sendiri merasa puas dengan apa yang anda tulis.